Friday 6 January 2012

Selamat Datang ke Blog Alumni

assalamualaikum.... 
pertama sekali syukur ke hadrat ilahi kerana dapat juga menghasilkan blog alumni ini.Penghasilan blog ini banyak  mendapat perhatian terutama guru-guru pra-U sendiri.Penghasilan blog ini juga diberi idea sendiri oleh wakil Parlimen Tenggara,Datuk Halimah Sadique atas tujuan ingin mengumpulkan bekas-bekas pelajar pra-U selepas kejayaan demi kejayaan yang telah tercipta daripada hasil titik peluh guru-guru dan juga para pelajar. Diharap matlamat utama penubuhan blog ini akan tercapai sekali gus mampu mempererat hubungan silaturahim antara pelajar dan guru.Usaha guru-guru pra-U juga harus dibanggakan kerana tidak pernah jemu mendidik dan memberikan yang terbaik untuk para pelajar agar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM. Sekian terima kasih.